KOLAM PANCING JOHOR BAHRU
Adakah anda sedang merancang untuk memancing di kolam Air masin di Johor Bahru? Sebenarnya ada banyak tempat atau port memancing di kolam Air Masin, sekitar Johor Bahru. Buat kaki pancing, kalau nak cuba, saya mencadangkan Kolam Pancing Nasir di Kampong Plentong Tengah atau Kolam Pancing Pak Akob di Senibong. Terdapat banyak kelebihan sekiranya memilih untuk memancing di kolam ikan berbanding di laut. Disini kita tahu apa spesis yang ada di dalamnya dan hanya perlu menyasarkan hasil tangkapan tersebut. Di Laut, kita belum tentu memperoleh spesis yang ada selain faktor keselamatan , keadaan laut dan cuaca. Keseronokkan memancing di lautan memberi pengalaman yang berbeza buat kaki pancing. Walaubagaimanapun memancing di kolam cukup berbaloi kerana jarang pulang dengan tangan kosong. HOMESTAY DEKAT KOLAM PANCING NASIR - KAMPONG PLENTONG TENGAH Okay Port memancing kolam anda dah jumpa. Sekarang penginapan untuk keluarga pula.Tak perlulah tercari-ca...