Tip Keselamatan Memancing
Memancing adalah suatu aktiviti luar yang menyeronokkan, justeru, para pemancing harus mengutamakan keselamatan ketika berada memancing agar keseronokan memancing tidak tergendala akibat kejadian yang tidak diduga atau situasi yang tidak menyenangkan berlaku.
1.Maklumkan kepada ahli keluarga sebelum turun memancing,
kawasan dan tempat memancing yang dituju serta jam balik.
2.Elakkan memancing bersendirian di tempat sunyi dan
terpencil, bawa sekurang-kurangnya seorang rakan memancing.
3.Sentiasa Pakai jaket keselamatan jika memancing menggunakan
perahu atau di kawasan yang mempunyai risiko bahaya lemas.
4.Malang tidak berbau, jangan pandang ringan aspek
keselamatan ketika turun memancing. Pakai jaket keselamatan jika memancing
menggunakan perahu atau di kawasan yang mempunyai risiko bahaya lemas.
5.Semak ramalan keadaan cuaca terlebih dahulu sebelum turun
memancing. Jangan memancing dalam keadaan cuaca yang buruk lebih-lebih lagi
ribut petir atau hujan lebat.
6.Jangan memancing di kawasan larangan, kawasan ini mungkin
ditutup kerana faktor keselamatan harta benda, nyawa, hidupan liar dan tumbuhan.
7.Pilihlah kawasan memancing yang bersesuaian dengan
memikirkan faktor-faktor keselamatan terlebih dahulu.
8.Bawa peralatan-peralatan bantuan kecemasan seperti
ubatan-ubatan dan first aid, air mineral, lampu suluh, wisel dan
telefon bimbit atau radio meski bercadang untuk turun memancing sekejap.
9.Pakai kasut yang bersesuaian untuk melindungi kaki daripada
benda tajam di mana jua anda memancing, elakkan memancing dengan berselipar
lebih-lebih lagi jika memancing di kawasan semak-samun, hutan atau pesisir
pantai yang berbatu dan licin.
10.Pakai topi, skarf muka, baju lengan panjang, seluar
panjang dan sarung tangan untuk melindungi diri daripada sinaran matahari yang
boleh mengakibatkan sunburn dan gigitan serangga.
11.Memakai kaca mata bukan sahaja akan melindungi mata
daripada cahaya bahkan juga daripada benda yang boleh mencederakan mata.
12.Pada waktu malam gunakan pakaian berwarna cerah agar orang
mudah melihat kita dan jaket untuk melindungi diri daripada angin sejuk.
13.Sentiasa membawa pakaian yang sesuai dan baju hujan di
dalam beg atau perahu.
14.Pisau memancing hendaklah ia tersimpan kemas di dalam
sarungnya jika tidak digunakan.
15.Sentiasa berhati-hati setiap kali memasang umpan ke mata
kail dan melepaskan mata kail daripada mulut ikan serta kendalikan ikan dengan
berhati-hati, terutama ikan yang mempunyai sengat atau gigi yang tajam.
16.Pantau keadaan sekeliling yang berdekatan anda sebelum
membuat lontaran bagi mengelakkan terkena pepohon, atau orang berdekatan.

Comments
Post a Comment